Powered by Blogger.

Penerimaanku..

Assalam, semua. Hehe.. Selamat berbuka dan bersahur.

Ok, entry ni nak cerita pasai penerimaan aku pasai HIV ni. Selalu dok dengaq ja dalam tv, sekali nahai, mai terus kat diri aku. Tapi au redha, aku terima semua ni. Yalah, benda bukannya boleh putaq kot belakang balik.

Dah beranak pinak dah pun benda alah ni. So, sekarang bersama2lah berdoa supaya sihat sentiasa.

Ok, pada mula aku dapat tahu, rasa nak gegar badan aku. Aku longlai sangat hari tu. Nak menangis tapi tak pulak keluaq ayaq mata. Acano tu? Hehe...

Yelah, satg kot teran air mata, keluaq hal pelik2 haru pulak hehe...

Masa tu aku just fikirkan mak bapak aku saja. Paling utama, bapak aku. And aku tak tahu kenapa, aku lebih memikirkan abah lebih. Risau dengan penerimaan dia. Bukanlah bermaksud aku tak kisah dengan penerimaan mak aku pulak tapi mak lebih bersifat terbuka, dan aku pasti mak akan tolong anak dia walaubagaimanpun.

"His my son..." itu ayat yang mak selalu ucap kalau apa2 yang berlaku kat aku. Tambahan pulak mak lebih bersifat terbuka dan mempunyai pengetahuan pasal ni.

Sambung pasal penerimaan aku, aku masa tu tak tahu nak fikir apa. Semuanya serba tak kena. Mereng jgk lah sat. Rasa macam gelap masa depan. Tapi Tuhan Maha Berkuasa. Dia yang memberi dan membuang penyakit pada diri kita. Andai itu takdir aku, aku terima dengan terbuka. Ini merupakan ujian, dan Allah tahu aku mampu nak menanggung semua ni. Termasuk jgk ujian untuk mak dan bapak aku.

Dok esok tu, aku dah ok sikit. Bantai gelak dengan member bila bab melawak. Tapi dalam hati, setiap masa, 'Hampa tau dak kawan hampa ni ada HIV? Aku ni ada HIV, tau dak?'

Tapi mana la nak mampu nak luah. Bukan semua orang yang mampu menerima diri kita seadanya. Bukan kerana tidak sayang atau buang kita, tapi lebih kepada berhati-hati. Kita juga kena faham dengan org yg tahu pasal diri kita sebab, mereka jgk khuatir benda ni akan berjangkit dengan mereka walaupun susah untuk berjangkit melalu sentuhan, atau apa saja melainkan perpindahan cecair.

So, aku diamkan saja benda ni. Tak mahu benda ni orang ramai yang tahu. Sebab kalau ramai yang tahu, agak susah sebenarnya. Susah macam mana? Nanti hampa pikiaq la sendiri noh. hehehe..

Hari-hari berikutnya, aku semakin ok walaupun resah dihati sebab belum bagitau kat parent lagi. 3 malam berturut-turut aku buat solat istikharah minta Allah bagi jalan yang terbaik untuk bagi tau kat parent aku. Akhirnya, terluah jgk setelah hampir 4 hari aku merahsiakan benda ni.

Dan reaksi parent aku dah tentulah hancur berkecai hati mereka. Takkan nak bersorak suka pulak. Bapak aku sampai menangis semalaman.

Tapi aku sebenarnya tak sangka mampu bertahan sampai macam ni sekali. Dan tak sangka sekuat ni. Mau tak kuat, hari ni dapat tau HIV, esok siap bantai redah gelak dengan member.

Well, aku ni kepala gila2 sikit. hehehe..

Sat...nnt sambung len..terawih dulu..

8 comments:

  1. Salam Nibu!
    Oihh...lagu tu ka...
    Mak Nibu tu, memang speaking selalu ka...(ni bukan soalan buat bodo na.. pasai memang ada family yg speaking pun)...cantek la macam tu. Mesti educated punya ...
    Blog aku hiv positif dok pi dak......? Sure dah pi no....? Kat situ kan ramai blogger plhiv discuss jugak..... Nibu ni umur berapa, kalau tak kisah lah...kalau kisah pun tak pa. Pasai blog kita, hak kita....
    Nibu ni lelaki kan?
    Aih melalut lah aku ni pun cakap Kedah, pasai aku orang Kulim ni..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam..

      dak jgk..kekdg ja dok speaking..mak saya tu cikgu..hehe..

      dah2..dah p dah hehe..yaka? hurm..nnt nak kena belek lagi blog tu..saya muda lagi...22...ya laki..hehe...haha

      xpa2...sedap kot bahasa utara ni ehehe

      Delete
    2. btw skrg ni saya dok mahang ni..hehe..ptg tadi baru p kulim hehe...mahsyur ni laki ka pompuan? umo?

      Delete
    3. hahaha...tua 11 tahun dari Nibu. Laki..hoho....Oiihh....pi Mahang ka tadi...
      lepas ni...4,5 entry lagi.....Nibu mest lagi open punya kot. Rasa nak share kat tempat kerja ka...atau kolej/universiti ka.....huhu...mula-mula tak cerita lagi la...tapi lepas tu...fuu...macam diary. Stay strong~

      ps: Yg saya dok tengok la...kalau komen dekat http://akuhivpositif.blogspot.com/....promot blog, Insha Allah depa akan support jugak. Munkin depa mai blog kita sama. Link-link blog dari ODHA, saya dapat dari blog tu la....

      Delete
    4. bukan p..dok sini jap ni..kejap ja...esok p kulim lagi..wyg...wuhuuuu....hahaha...InshaAllah, stay strong kalau ada sokongan dari parents..hehe...ok ja..salah satu sebab buat blog ni nak share pada org ramai and bagi skongan pada yg positif hiv...xkisah la dia teraniaya or dibuat sendiri but kita insan biasa..ada salah silap..mana salah kita betulkan..hehe..tpi saya ni biasa2 je hehe...

      p/s: mashyur ada blog dak? nk jgk tgk hehe...

      Delete
    5. dok Mahang sat ka...hahaha....oiihh...berjalan pi Kulim noo...
      saya dulu kerja Hospital Kulim sat.
      Bagus...bagus.....saya rasa In Sha Allah.....Nibu akan jadi somebody in future~
      You have everything la...that is so huge advantage there! (dia mai speaking pulakk)
      1) Nibu tau awal, sekarang tinggal nak kawal dn adapt saja. Cukup besar punya kelebihan orang yg tahu awal. KKM punya usaha nak orang tahu awal, sebab advantagenya cukup besar
      2)Nibu ada sokongan. Ada orang kena reject dng family sendiri yg tak pandai, ada yg rasa macam tu, terpaksa sembunyikan.

      La....saya tak ada blog, Nibu.....takat suka baca blog orang ja...haha

      Delete
    6. haha...owh yaka? dok lalu depan tu la haha...Alhamdullilah..Allah nk bagi semua tu...ada fb or whatever yg boleh contact x? seronok lak sembg haha..

      Delete
  2. kau ada muda lagi... moga sihat okeh.. -fahanis-

    ReplyDelete

Sat2...nnt aku jenguk nak aprov ni..hehe..