Powered by Blogger.

Permulaan....

Assalam semua... hehe..ni dah bulan puasa, err dah lama sebenaqnya bulan puasa, tupun sebab, yalah dah masuk 10 malam terakhir puasa pun hehe.

Setakat ni Alhamdulillah, aku ok.

Okeylah nk cerita sikit, pasal aku. Siapa aku? Biaqlah rahsia. Hehe...

Tepat jam 4.04 petg, bersamaan tarikh 26.6.2013, aku menerima panggilan yang tidak dikenali. Aku pun angkat ajelah. Kot2 ada yg emergency call ka apa tapi aku x save nombor sebb tel baru. Malas nak save hehe

And the news is very very very very buat aku terkejut. Yelah. Tidak buat apa2 dan tetiba disahkan hidap sakit. Dan sakit tu pulak bukan calang-calang punya sakit. Ni sakit org kaya. Yang memerlukan perbelanjaan yang banyak tuk buat rawatan. Keh3...

Ok back to the story mory...

Aku dah disahkan HIV. Yes, I'm HIV Positive. And mula nya aku tak redha. Aku terkejut. Aku rasa nak rebah time tu. Time tu jgk aku rasa, nak ckp dgn org makmal tu, agak2 la sikit. Saya tak pernah buat hubungan pun...

Then, still, akak tu suruh datang untuk second check. Then aku pun pergilah dengan tetengah malam aku redha. Hujan renyai2 time tu, amboi ayat skema sgt. Hehe. Nasib tak hujan.

Diringkas cerita, beberapa hari lepas tu, aku dapat lagi panggilan dari akak tu. Then the result still sama. So, apa aku buat? Do nothing for now but accept the fate.

Then aku banyak kali aku nak ceritakan pada mak aku, dan kalau cerita konpem2 sedih. Dan family mesti akan tny, how come dpt benda tu?

Dan akan tersingkaplah cerita lama dan sejarah silam yang perit. Yang aku cuba untuk lupakan. Bukan aku rela..tapi dipaksa. How? Let me keep it as a secret....

Abah yang paling teruk aku rasa bila dia dapat cerita ni. Yalah, tak sangka benda tu berlaku kat anak dia. But, aku sgt bertuah sebab dpt keluarga yang kuat hadapi benda ni. Kami tak ceritakan pada sesiapa pun. Hanya aku, abah, mak, dan makcik aku serta sorg rakan aku yang tahu benda ni. Tidak mahu org lain tahu, sebab yelah, apa yang org fikir kita tak boleh nak tahu....

Apa yang aku buat skrg? Cari penawar. Gunakan kaedah perubatan Islam, dan perubatan Homoepathy. Okeylah, macam ni, aku kalau tak boleh xnak guna pun ubat hospital, sebab ubat hospital semuanya ada dadah yg bagi side effect...

So yang tu aku reject. So, takat ni jelah aku gosip...Nanti aku sambung lagi. Sebab dah pukul berapa hoi...nak bangun sahur lagi hehehe...

So after that tarikh aku terima berita tu, my life change...and its good.. :)

8 comments:

  1. Salam Tuan Rumah......

    Harap selalu lah menulis di blog ye..........kami nak dengar apa cerita yg kedua pulak lepas ni...
    Tuan Blog ni.....anak tunggal ke...kalau tak kisah dengan soalan lah.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. dak2...ada sorg adik hehe...InshaAllah..akan tulis dan bagi informasi :D

      Delete
  2. ler.....lupa la pulak....kalau ikut pengalaman blogger PLHIV....ada pembaca yg cukup tak elok perangai punya. Tak pasal judge orang...cakap itu ini. Rasanya kalau tuan rumah buat approve dulu pun baik jugak. Hehehehe.....tahu tak apasal saya asek bertuan rumah dari tadi....? hehe....takder nama tuan blog pun....? hehe....nama glamour pun jadi lah.

    Ke....nibusaku tu namanye.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe thx bagi advice...biasanya saya jrg dok sekat2 komen ni...nk tggu aprov bagai...sebb malas nk check tapi benda sensitip sikit, so nasiht diterima pakai hehe...pggl ja nibu hehe

      Delete
  3. As Salamu Alai Kum!

    Apa khabar....? Saya jumpa alamat blog ni di blog http://akupositif.wordpress.com/ tu.
    Saya baca blog kamu ni ada tulis Mai tgk, Sat2. Nibusaku ni orang utara ke.....?
    O....ye tak? Komen kat atas ni betul jugak. Saya pernah tengok komen yang amat tak berhati perut...in fact blog akupositif tu pun, dia tapis jugak...kalau regular subscriber dia bagi.
    Kalau setakat nak kutuk kutuk HIV, tak payah. Komen je sorang, tak masuk blog dee...
    By the way, selamat berpuasa, yg dah nak habis dah ni~~ okay, wassalam!

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam...

      baik..sihat...agak la hehe..haa..saya org utara...hehe...

      boleh ka? nak buat mcm mana? xpernah buat hehe..

      dan selamat berpuasa jgkhehe :D

      Delete
  4. Good job. Sy sukakn aura positif tu. Nnti saya share blog link. Tq

    ReplyDelete

Sat2...nnt aku jenguk nak aprov ni..hehe..