Powered by Blogger.

Memikirkan ubat... rasa nk telan panadol 4lori....

Assalamualaikum semua...

Ok, sekarang bukan masa untuk bersedih-sedih bagai sebab sakit ni, tapi masa untuk meneruskan kehidupan yang berbaki ni dan berubah ke arah yang lebih baik. Bukan lagi nak meratap bagai nak rak sampai nak tercabut bulu mata kes lebat sangat ayaq mata tu.

Stop that and begin new life.

Anggap semua tu sebagai permulaan yang baru. Hehe...

Ok nk bercerita sikit bab ubat. Nak cerita apa yang aku tahu jelah. Nak cerita lebih lebih pun takut ada yang tak kena pulak. Hehe..

Aku kalau boleh nak elakkan yang aloepathy, (aloepathy tu ubat2 yg hospital yang bercampur dadah bagai tu).. So sebbkan itu, aku amik homoepathy, (homoepathy tu ubat yg tidak berasaskan dadah and xdak dadah dalam tu). And cuba perubatan Islam.

Homeopathy, ni more to ubat yang berasaskan herba, yang diimport dari Jerman. Salah satu pengeluar la. Ada juga yg diimport dari tempat lain. Dan yang penting sekali, ubat dia hampa boleh gigit macam tu ja..nak hisap pun boleh. Manis gituuu... Selalunya ubat dia aku gigit ja.. hahaa..sedap..manis..

Yang secara perubatan Islam pula, mak aku suruh and paksa aku makan makanan Sunnah. Contoh Habbatus Saudah, buah delima, madu, dan macam2 lagi sampai naik tepu perut aku makan semua tu. Sampai satu tahap, aku rasa macam nak blend semua and telan sekali gus hehe...


Lepas tu perut buat lagu dondang sayang...haha

Semua makanan tersebut meningkatkan daya pertahanan badan. So, dengan izin Tuhan, dpt la melawan HIV tu...

Madu best lar...Aku hat tu mak tak suruh, aku telan. Sedap. Lepas ni kalau suara aku macam Anuar Zain la. Menangis dia nanti dengaq suara aku. Macam buluh perindu kena rebus bagi aq makan....lalaaaaa~~~~

Lepas tu, ada jugak, mak ambilkan ayaq jampi khas untuk aku kat Ustaz2 tahfiz. hehe... yg tu xpa la telan. tak rasa apa...hehe

So try la jugk makanan Sunnah ni...

Semua penyakit ada ubat melainkan mati. Yang tu kalau mati, tanam ja la. Nak tunggu apa lagi hehe #kidding..

p/s: Bukan nak promote lebih2 tapi kenyataan yang aku lepas makan ubat homoepathy ni, makan nak over saja. Kuat makan sungguh..dok sat2 mintak makan...jenuh bela mak aku kata hahaha....and berat badan aku naik kah3...

2 comments:

  1. Assalamualaikum!

    Hai Nibusaku...oh alamak....kamu ada tanya saya masa dalam entry first dulu...oh huhu...saya pun tak tahu bagaimana blog tu buat alamak malunya.
    Yang saya tahu saya selalu tulis di blog tu, tiada restriction...mula-mula ja. Tapi bila once saya pakai email baru suushh, your comment waiting for approval. huhuhu
    Oh Nibusaku yag saya faham ini ialah Syawal yg pertama selepas Nibusaku live as Plhiv~ I bet there' s no different....because you're still you inside out! Sama jua macam sebarang Plhiv yag lain juga. Tapi mungkin ada yg ingin kamu share juga ya...maybe.... Tak meminta, tapi kalau ada bagusnya!
    May Allah bless you!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaa...ada2...tu saya dah entry baru hehe..agak lambat haha...owh tu maybe sebelum saya buat kena aprov admin dulu hehee...

      Delete

Sat2...nnt aku jenguk nak aprov ni..hehe..