Powered by Blogger.

Memikirkan ubat... rasa nk telan panadol 4lori....

Assalamualaikum semua...

Ok, sekarang bukan masa untuk bersedih-sedih bagai sebab sakit ni, tapi masa untuk meneruskan kehidupan yang berbaki ni dan berubah ke arah yang lebih baik. Bukan lagi nak meratap bagai nak rak sampai nak tercabut bulu mata kes lebat sangat ayaq mata tu.

Stop that and begin new life.

Anggap semua tu sebagai permulaan yang baru. Hehe...

Ok nk bercerita sikit bab ubat. Nak cerita apa yang aku tahu jelah. Nak cerita lebih lebih pun takut ada yang tak kena pulak. Hehe..

Aku kalau boleh nak elakkan yang aloepathy, (aloepathy tu ubat2 yg hospital yang bercampur dadah bagai tu).. So sebbkan itu, aku amik homoepathy, (homoepathy tu ubat yg tidak berasaskan dadah and xdak dadah dalam tu). And cuba perubatan Islam.

Homeopathy, ni more to ubat yang berasaskan herba, yang diimport dari Jerman. Salah satu pengeluar la. Ada juga yg diimport dari tempat lain. Dan yang penting sekali, ubat dia hampa boleh gigit macam tu ja..nak hisap pun boleh. Manis gituuu... Selalunya ubat dia aku gigit ja.. hahaa..sedap..manis..

Yang secara perubatan Islam pula, mak aku suruh and paksa aku makan makanan Sunnah. Contoh Habbatus Saudah, buah delima, madu, dan macam2 lagi sampai naik tepu perut aku makan semua tu. Sampai satu tahap, aku rasa macam nak blend semua and telan sekali gus hehe...


Lepas tu perut buat lagu dondang sayang...haha

Semua makanan tersebut meningkatkan daya pertahanan badan. So, dengan izin Tuhan, dpt la melawan HIV tu...

Madu best lar...Aku hat tu mak tak suruh, aku telan. Sedap. Lepas ni kalau suara aku macam Anuar Zain la. Menangis dia nanti dengaq suara aku. Macam buluh perindu kena rebus bagi aq makan....lalaaaaa~~~~

Lepas tu, ada jugak, mak ambilkan ayaq jampi khas untuk aku kat Ustaz2 tahfiz. hehe... yg tu xpa la telan. tak rasa apa...hehe

So try la jugk makanan Sunnah ni...

Semua penyakit ada ubat melainkan mati. Yang tu kalau mati, tanam ja la. Nak tunggu apa lagi hehe #kidding..

p/s: Bukan nak promote lebih2 tapi kenyataan yang aku lepas makan ubat homoepathy ni, makan nak over saja. Kuat makan sungguh..dok sat2 mintak makan...jenuh bela mak aku kata hahaha....and berat badan aku naik kah3...

Kata Mereka..

Assalamualaikum...

Okey, hari ni nak cerita sedikit pasal kata mereka yang disekeliling aku yang tau la pasal aku positif ni. Hehe...

Mak dengan bapak aku cakap, ni ujian untuk buat aku dan family aku supaya lebih ingat akan Dia. Yalah, bayak sangat khilafnya...

Salah dan dosa masa silam lagi. Dia nk kita ingat Dia dan muhasabah balik diri. Dia tegur kita dengan cara ni. Dulu dia bagi aku sakit kulit yang kronik, aku masih lagi x sedar. So sekarang dia bagi yang hebat punya. Penyakit orang istimewa ja dapat benda ni hehe...

Abah pulak tak kata apa, tapi aku dapat lihat dia semakin terima keadaan aku ni. Sampai kan kita org skrg ni rapat dari sebelum ni. Sebelum ni asyik nak bertekak ja hahaa...
Sekarang ni p mana pun rapat haha... Asyik2 dok memanggil nama aku.
Sekarang pun dia dah boleh gelak. Dulu masa mula2 tau, dia menggigil kata mak. Menangis semahu-mahunya. Aku rasa sebak kot masa tau tu...

Lepas tu, org yang pertama tau pasal penyakit ni adalah member aku. Sebab dia yang dekat dengan aku masa tu.

Ce tekak dia habaq apa bila aku tny, apa perasaan hg bila dapat kawan yang ada penyakit hiv ni?

TERUJA! Dia habaq dia teruja. Time tu aku rasa nak sekeh kepala dia dengan senduk. Orang lain kalau secara tipikalnya, akan macam terkejut dan macam xleh terima pun ada, tapi dia relax ja boleh dok kata TERUJA. Haru sungguh mamat ni haha.. but aku appreciate sgt dia still terima aku macam ni..

Dia cakap, benda ni bukan penyakit tapi pembukaan kepada penyakit. Dia virus. Bukan penyakit. Then dia cakap lagi, buat apa nk takut kalau benda ni bukan berjangkit melalui udara, melalui sentuhan ka apa...

Aku rasa sebak sangat bila dia cakap macam tu... Jangan tny pasai pa.. Time tu aku sendiri pun buntu...

Kemudian yang tahu makcik aku. Dia antara makcik yg aku rapat dan sayang. Dan Alhamdulillah, dia still terima aku walaupun begini. Dia ckp, 'makcik xkan buang anak saudara sendiri, tambahan pulak hg perlukan sokongan masa2 mcm ni'...

Ya Allah, aku dikurniakan org2 yg hebat disekeliling.

Haaaaa itulah story mory, gua nk cakap sama lu ehehhe...

Tengok! Kita perlukan supporter....From our both parent and friend....and other family...

Jangan lah kita sisihkan mereka yang berpenyakit macam ni sebab depa pun ada perasaan. Cuba bygkan hampa yg dok sisih2 org lain ni, kena sekali penyakit macam ni. Baru hampa tau langit tu tinggi ka sederhana..

Apa yang kita cakap, itulah yang akan kita diuji....


Penerimaanku..

Assalam, semua. Hehe.. Selamat berbuka dan bersahur.

Ok, entry ni nak cerita pasai penerimaan aku pasai HIV ni. Selalu dok dengaq ja dalam tv, sekali nahai, mai terus kat diri aku. Tapi au redha, aku terima semua ni. Yalah, benda bukannya boleh putaq kot belakang balik.

Dah beranak pinak dah pun benda alah ni. So, sekarang bersama2lah berdoa supaya sihat sentiasa.

Ok, pada mula aku dapat tahu, rasa nak gegar badan aku. Aku longlai sangat hari tu. Nak menangis tapi tak pulak keluaq ayaq mata. Acano tu? Hehe...

Yelah, satg kot teran air mata, keluaq hal pelik2 haru pulak hehe...

Masa tu aku just fikirkan mak bapak aku saja. Paling utama, bapak aku. And aku tak tahu kenapa, aku lebih memikirkan abah lebih. Risau dengan penerimaan dia. Bukanlah bermaksud aku tak kisah dengan penerimaan mak aku pulak tapi mak lebih bersifat terbuka, dan aku pasti mak akan tolong anak dia walaubagaimanpun.

"His my son..." itu ayat yang mak selalu ucap kalau apa2 yang berlaku kat aku. Tambahan pulak mak lebih bersifat terbuka dan mempunyai pengetahuan pasal ni.

Sambung pasal penerimaan aku, aku masa tu tak tahu nak fikir apa. Semuanya serba tak kena. Mereng jgk lah sat. Rasa macam gelap masa depan. Tapi Tuhan Maha Berkuasa. Dia yang memberi dan membuang penyakit pada diri kita. Andai itu takdir aku, aku terima dengan terbuka. Ini merupakan ujian, dan Allah tahu aku mampu nak menanggung semua ni. Termasuk jgk ujian untuk mak dan bapak aku.

Dok esok tu, aku dah ok sikit. Bantai gelak dengan member bila bab melawak. Tapi dalam hati, setiap masa, 'Hampa tau dak kawan hampa ni ada HIV? Aku ni ada HIV, tau dak?'

Tapi mana la nak mampu nak luah. Bukan semua orang yang mampu menerima diri kita seadanya. Bukan kerana tidak sayang atau buang kita, tapi lebih kepada berhati-hati. Kita juga kena faham dengan org yg tahu pasal diri kita sebab, mereka jgk khuatir benda ni akan berjangkit dengan mereka walaupun susah untuk berjangkit melalu sentuhan, atau apa saja melainkan perpindahan cecair.

So, aku diamkan saja benda ni. Tak mahu benda ni orang ramai yang tahu. Sebab kalau ramai yang tahu, agak susah sebenarnya. Susah macam mana? Nanti hampa pikiaq la sendiri noh. hehehe..

Hari-hari berikutnya, aku semakin ok walaupun resah dihati sebab belum bagitau kat parent lagi. 3 malam berturut-turut aku buat solat istikharah minta Allah bagi jalan yang terbaik untuk bagi tau kat parent aku. Akhirnya, terluah jgk setelah hampir 4 hari aku merahsiakan benda ni.

Dan reaksi parent aku dah tentulah hancur berkecai hati mereka. Takkan nak bersorak suka pulak. Bapak aku sampai menangis semalaman.

Tapi aku sebenarnya tak sangka mampu bertahan sampai macam ni sekali. Dan tak sangka sekuat ni. Mau tak kuat, hari ni dapat tau HIV, esok siap bantai redah gelak dengan member.

Well, aku ni kepala gila2 sikit. hehehe..

Sat...nnt sambung len..terawih dulu..

Permulaan....

Assalam semua... hehe..ni dah bulan puasa, err dah lama sebenaqnya bulan puasa, tupun sebab, yalah dah masuk 10 malam terakhir puasa pun hehe.

Setakat ni Alhamdulillah, aku ok.

Okeylah nk cerita sikit, pasal aku. Siapa aku? Biaqlah rahsia. Hehe...

Tepat jam 4.04 petg, bersamaan tarikh 26.6.2013, aku menerima panggilan yang tidak dikenali. Aku pun angkat ajelah. Kot2 ada yg emergency call ka apa tapi aku x save nombor sebb tel baru. Malas nak save hehe

And the news is very very very very buat aku terkejut. Yelah. Tidak buat apa2 dan tetiba disahkan hidap sakit. Dan sakit tu pulak bukan calang-calang punya sakit. Ni sakit org kaya. Yang memerlukan perbelanjaan yang banyak tuk buat rawatan. Keh3...

Ok back to the story mory...

Aku dah disahkan HIV. Yes, I'm HIV Positive. And mula nya aku tak redha. Aku terkejut. Aku rasa nak rebah time tu. Time tu jgk aku rasa, nak ckp dgn org makmal tu, agak2 la sikit. Saya tak pernah buat hubungan pun...

Then, still, akak tu suruh datang untuk second check. Then aku pun pergilah dengan tetengah malam aku redha. Hujan renyai2 time tu, amboi ayat skema sgt. Hehe. Nasib tak hujan.

Diringkas cerita, beberapa hari lepas tu, aku dapat lagi panggilan dari akak tu. Then the result still sama. So, apa aku buat? Do nothing for now but accept the fate.

Then aku banyak kali aku nak ceritakan pada mak aku, dan kalau cerita konpem2 sedih. Dan family mesti akan tny, how come dpt benda tu?

Dan akan tersingkaplah cerita lama dan sejarah silam yang perit. Yang aku cuba untuk lupakan. Bukan aku rela..tapi dipaksa. How? Let me keep it as a secret....

Abah yang paling teruk aku rasa bila dia dapat cerita ni. Yalah, tak sangka benda tu berlaku kat anak dia. But, aku sgt bertuah sebab dpt keluarga yang kuat hadapi benda ni. Kami tak ceritakan pada sesiapa pun. Hanya aku, abah, mak, dan makcik aku serta sorg rakan aku yang tahu benda ni. Tidak mahu org lain tahu, sebab yelah, apa yang org fikir kita tak boleh nak tahu....

Apa yang aku buat skrg? Cari penawar. Gunakan kaedah perubatan Islam, dan perubatan Homoepathy. Okeylah, macam ni, aku kalau tak boleh xnak guna pun ubat hospital, sebab ubat hospital semuanya ada dadah yg bagi side effect...

So yang tu aku reject. So, takat ni jelah aku gosip...Nanti aku sambung lagi. Sebab dah pukul berapa hoi...nak bangun sahur lagi hehehe...

So after that tarikh aku terima berita tu, my life change...and its good.. :)