Powered by Blogger.

Setelah bertahun tidak update

Assalamualaikum semua.

Hari ni dah ramadan keee ermm 24. Sebenarnya dah bertahun tak update blog ni hahaha. Berkurun lama. Sampai berhabuk blog. Bukan takat habuk ja. Ni sendu habis hahaha

Dah betahun lalu. Dah aku masih dengan aku. Nothing change me. Cuma makin bijak la hahahaahahhaa

Bukan selalu puji diri sendiri. Oklah. Rasa nk update sikit dulu je kot. Tapi so far aku bahagia dengan life sekrang. Few of my friends tahu pasal aku. aku kena bagi tahu jgak. Tapi to the most person aku trust la. Memang sampai skrg, diaorg tak kecoh pun. And diaorg straight. Bukan yang korang fikir tu eh hahaha.

Tapi diaorg terima aku seadanya. Tak pernah ungkit pasal aku. Sekarang aku happy dengan tempat kerja sekarang, dapat partner yang best. Maksud aku partner kerja. Very supportive. Aku sangat sayangkan. Dialah bestfriend aku. Tapi aku belum sampai hati nak bagitau keadaan aku sebenarnya. Aku takut dia tolak aku. Yalah. Pesakit HIV kot. Sapa ja yang boleh terima.

Sampai sekarang kalau orang tny aku, tak nak kahwin ka, jawapan aku sangat cliche.

‘Tak sabtu, ahad.’

Hahaha. Aku punya bestfriend pun tak tny bila aku cakap, aku mungkin tak kahwin. Dia desak jgk kenapa. Tapi belum sampai masa aku cerita,. Nantilah bila dah ready. Oklah selamat hari raya guys. Puasa jangan tinggal.

Oh yaaa. Last year aku sakit teruk. Later aku cerita

Secara Homeopathy HIV boleh... (PART 1)

Assalamualaikum..

Ok, hari ni nk bercerita sikit pasal Homeopathy.. Setakat yang termampulah.. Kalau tak mampu tu, mintak maap la noh..lain kali akan diselidik lagi..

Dan kalau ada sebarang kemusykilan boleh send emel kat saya, so saya boleh tolong tanya kan...hehe...

Nak mula dari man ya...haa! Ok kita start dari ayat tajuk lah ehehe..

Secara Homeopathy, HIV boleh diubati. Yup! Homeopathy ialah satu sistem ilmu perubatan yang mempunyai falsafah yang teguh iaitu perubatan yang menggunakankaedah ‘serupa’ atau, mengubat mengikut reaksi atau mengubat seseorang pesakit itu dengan ubat yang serupa semboyannya.

"Perubatan homeopathy adalah berlainan benar dengan cara perubatan yang lain. Tujuan sebenarnya ialah memberi kesembuhan yang sebenar-benarnya, mengikis dan menghilangkan penyakit itu dengan sempurna. "(http://apahomeopathy.blogspot.com/)

"Ubat atau penawar Homeopathy itu bekerja segera atau memberikan kesembuhan disebabkan kuasa penyembuhan itu bergantung kepada kuat atau lemahnya kuasa hayat seseorang itu. Ramai yang tidak faham bagaimana rawatan Homeopathy boleh mengubat jiwa, menguatkan jiwa yang lemah dan menghilangkan perasaan sedih, mengubah watak yang baran, merawat anak-anak yang bebal dan sebagainya. Sebenarnya setiap penawar Homeopathy ada profile emosi dan psikologinya tersendiri dan mampu mengubah watak dan perangai yang bermasaalah." (http://naturalmedic.tripod.com/id4.html)

Melalui apa yg diperkatakan doktor homeopathy saya, ubat yang diberi akan meransang sendiri imunisasi badan itu sendiri. bermakna badan kita akan melawan penyakit itu sendiri. Seperti HIV, dia akan meransang sel darah putih untuk menjadi lebih kuat dan ngap virus itu di hilangkan. Saya pun dok bayang virus bentuk bulat2 tu kena ngap dgn cell darah putih..hahha..

Ini terbukti mcm penyakit kulit yg saya alami dulu...setiap 2 tahun sakit tu mesti dtg, penyakit ni start saya darjah 2 smpai tingktn 2 kalo xsilap...siap bernanah bagai, pastu berbau.. biasalah kan bila dah bernanah tu. Lepas tu, saya cuba ubat homeopathy ni, then sampai skrg dah tak dtg penyakit tu...skrg dah 7tahun penyakit kulit tu xdtg. Alhamdulillah..

Macam jugak sakit kulit saya yg lain..hehe saya ni hebat sikit dgn penyakit kulit.. kulit saya ni sensitif sikit ala ala daun semalu gituu..hahaha...
ni ubat yg saya amik..yg kuning tu manis2 ja hahaa...yg biru tu dari amerika, yg kuning from germany..

Saya bagi contoh mudah ek...Kalau kita guna ubat aloepathy atau dlam perkataan lain ubat hospital, dia akan memberi ubat untuk melawan virus itu, tapi andai kata dos ubat tersebut x cukup nak lawan virus tu, virus tu akan bertindak lebih agresif dan akan lebih kuat, tapi ubat tersebut xkan jadi lebih kuat sebb sampai tu saja kekuatan dos dia...Sebab itu, for certain time sakit xhilang atau ubat tidak berkesan sebab dos itu walaupun tinggi tapi xcukup kuat untuk lawan virus tu..

Bila mana kita guna homeopathy, dia akan meransang badan sendiri untuk melawan, dan bila kekuatan imunisasi atau sel darah putih tidak cukup kuat, badan kita sendiri akan mengeluarkan imunisasi yang lebih kuat. dan maka ketika itu, berlakulah perang dunia ke 3 hehehe...

Ok saya bagi contoh untuk aleopathy, perompak badan saiz L telah rompak sebuah rumah, then polis nak lawan perompak saiz L tu, dia hantaq polis saiz M, sebab dia rasa cukup untuk lawan perompak saiz L tu, tapi sebenarnya xcukup kuat. So polis saiz M ni kalah, then perompak saiz L ni mengamuk lagi la..bertambah la marah dia kan, sebab polis nk lawan. pastu polis dah xdak polis yang berbadan saiz lebih dari L untuk dihantar. So, makin la perompak saiz L ni buat kucar kacir segala bagai....itu untuk konsep aleopathy...

Jom tgk konsep homeopathy pulak...cerita yang sama ya....perompak badan saiz L telah rompak sebuah rumah, then polis nak lawan perompak saiz L tu, dia hantaq SIGNAL kepada polis yg memang dok dalam rumah tu untuk lawan perompak tu. Tapi yang keluar adalah polis saiz M so memang sah2 lah kan dia kalah, tapi polis saiz M ni sempat panggil member2 dia yang lagi kuat yang berbadan besar iaitu, mereka2 yang berbadan saiz L, XL, XXL. Jadi mereka pun datang bantu si polis saiz M ni.. so, dengan kuasa Allah, si perompak ni kalah....

hahaaa...penat fikir koronologi ahaha...kalau rasa xfaham, nnt emel untuk penerangan lagi ehehe..

dan untuk pengetahuan semua, homoepathy ni xdak dadah. dan ramai pihak salah sangka yg homeopathy ni herba. sebenarnya salah. dia merupakan hasil ekstrak dari tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. ya...

Ok, petang tadi baru lepas jumpa doktor saya, then saya kata and tny, semalam petg saya g buat ujian darah kat lab di SP (kena la 35hinggit hehe), then if ujian dia negatif, adakah virus ni still in badan or dia hilang? then boleh x diaorg ni kahwin..heheheee..soklan last tu penting kah3...

Then dia jawab, ada 2 keputusan lah...pertama, stll positif dan virus tersebut aktif, then kedua negatif...Dan bilamana negatif, dia akan check sama virus betoi2 dah hilang atau dia hanya pasif. Walaupun negatif tapi virus pasif, still kena makan ubat untuk buang teruih virus tu...

dan sememangnya bertepatanlah dengan konsep homeopathy yang ".....mengikis dan menghilangkan penyakit itu dengan sempurna..." itu.....

Cuma lambat atau cepat, itu sahaja....Dan harap2 lah ujian yg resultnya lagi 3 hari ni negatif...negatif dan hilang terus dari badan...nak kahwin....hahhahahah..bukanlah xboleh kahwin walaupun ada HIV tapi xsyok lah kannn...hehehehe

dan lagi satu bukanlah saya kata aloepathy tu xbagus...cuma aleopathy dan homeopathy boleh digabungkan untuk mendapat result terbaik..contoh bila buat ujian darah or pembedahan guna lah aloepathy...dan bila ubat kita guna homeopathy...hehhe..jgn ingat saya burukan aleopathy...

haaa takat ni dulu kot....nnt part seterusnya bila dah ada sikit informasi saya kongsikan lagi ehehehe...

ada apa2 kemusykilan boleh tanya ehehe

Putih-putih melati....

Assalamualaikum semua...hari ni kita berbicara tentang putih-putih melati...
Apa itu putih? Apa itu melati?

Jawapannya ada di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustama Edisi terkini...bwahahaha...

Ok sebenarnya bila dah pukul 1.27 pagi ni, high dia lain macam sikit.. Ala-ala men pondok pondok time kecik. Haha..gila tak tentu pasal. Lepas tu meroyan bila sedaq diri dok main sorg2 ahaha

Ok..tadi ada terbaca kisah Firdaus di blog abang najmi..  http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2013/08/firdaus-suka-duka-kehidupan-remaja.html Dan memang di akui, memang berat untuk beritahu pada parents...faham sgt benda tu. Tapi sebolehnya bagitahu la. Kalau ibu tu yg senang untuk dibawak berbicng dan jenis bertenang dan cool a.k.a jenis cekodok basi buat dek je, baik cerita.

Sebab seorang ibu itu xkan buang anaknya selama-lamanya...memang dia akan marah, kecewa, sedih tapi sekejap saja. Hati seorang ibu xkan marah lama. sebab dia sygkan anak dia...tpi terpulang pada andalah..sebab yg nk buat keputusan adalah anda..bukan org lain...

Next!!!

Dari cerita tu jgk, yg dia seorg yang tak straight dan agak aktif dalm seks...itu perkara biasa..sebab mempunyai nafsu yg tggi..biasalah..manusia..tpi cuma kita saja yg bijak mengawalnya. sama ada dengan hati atau otak dan juga iman...

Nak komen lelebih bukannya baik sgt tapi kita sebagai manusia pun kena tegur walaupun kita juga melakukan kesalahan yg sama supaya kita juga sedar akan tindakan kita. kalau nk tunggu org perfect yg tegur memang tak ditegur sampai bila  bila la...sapa ja yg perfect dalam dunia ni melainkan Rasul kita semua sahaja...

Tapi saya sponsorkan, kalau ada rasa2 nak main or buat seks tu, sibukkan diri anda sekalian alam dengan benda2 yang boleh buat anda leka dengan benda tu. contohnya, masak ka, kemas rumah ka walaupun 5minit yg lalu anda kemas rumah, tak pun start moto pergi jejalan makan minum angin...hehe

Jangan dok fikir nak buat seks, bila kita fikir tu la yang nafsu tu membuak bagai gunung berapi mintak kena panampaq tu...Nafsu ni bukan boleh layan sangat. Kalau layan kita sama naik gila macam dia hehe...
Nafsu makan lain cerita. Itu melayan pun xpa..layan yg tu perut buat parti ehehe

NEXT!

Ok..saya admire sgt dengan firdaus bila dia menjaga tingkah laku apa bila berhadapan dengan pisau yang tajam paruh burung belatuk itu... #eh ... Bagus kerana menjaga org lain agar tidak berjangkit..tapi diingatkan, HIV tidak berjangkit melalui makanan sebab virus ni tidak hidup diluar badan.

oh jap..lagu putih-putih melati dah 15kali ulang..next song please...oh ok.. exist, mengitai tirai kamar..cewahhh..jiwang kau mak jemah ahaha mampu? hihi

ok...this show will continue...hamboi.. -.-'

Kalau kita nak berubah, kita la kena kuatkan azam kita! Dan tanamkan azam kita dengan sepenuh hati dan biaq kukuh sikit azam tu! jgn dok azam, azam tapi dok p mencari jgk...haish..hat ni yg jenih xreti ni...

Kita kena kuat semangat untuk berubah diri kita. Memang kita akan diuji dgn pelbagai perkara. Tapi diri kitalah yg kena kuat untuk hadapi benda ni. Kalau nak berubah kuatkan semangat.

Niat itu bagus, tapi lagi bagus andai kita lakukan niat kita itu...

dan setuju dgn nasihat abg najmi tentang kena ceria dan hepi selalu....jangan tensyen, bila tensyen tu yg penyakit mudah datang..ni ada kaitan sikit dengan perubatan. nak explain pun xreti..nnt saya jumpa doktor homeopathy saya, then saya tlg tnykan balik..hari tu dia dah terang...

dok ternganga mulut dengaq tapi sekerat ja masuk ahaha..sebab kusyuk sgt...tenung muka doktor tu macam nak telan...haha..kidding..

p/s: ha lupa..entry pasal perubatan homeopathy tu terpaksa postpon kejap...sebab nk kena survey jgk apa yg korg nak tahu pasal perubatan tu... kalau boleh email saya soklan apa yg korg nk tny...sgt2 perlukan bantuan anda..terima kasih... :) dan berjumpa lagi di next entry ehhe..

sekian wassalam.. :)  Nibuuu.....

Beraya Cekk hoi...

Salam semua..

Ok...aku rasa macam agak terlambat sikit nak post pasal raya sebb rasanya macam dah berhari2 dah berlalu ahahaa...

bukan apa...agak kebuzian dan kemalasan sebenarnya hahaahah....nak post entry baru tapi bila depan laptop x bergerak lak idea hahahaa...boleh pulak dia blackoutttt...!! siap roadblock lagi daaaa..haha

Raya tahun ni raya yang agak berlainan sikit sebab aku PLHIV hehehe...yelah, kau mampu? hahahaa.... perasaan tu berlainan sikit dari raya yg sebelum ni. maybe aku je kot yg over hahaa..tapi seriusly perasaan aku agak berlainan.. excited, pelik, seronok, semua ada haihh...dan macam sweet sour pun ada hahaha...

Dan aku berharap ini raya pertama kali dan terakhir aku beraya dengan virus ni..haha..harap tiada lagi virus ni dalam badan aku selepas 5-6 bulan ni..ingt nak p check cd4, tpi mahal lak swasta...bukan xmau p buat kat hospital kerajaan yg free tu tpi dia rekod..tu yg malas nk p tu hahaha..risau gak kalau dia xupdate baru nnt hahaha.

klinik swasta selalunya dia xrekod..kalau dia rekod, dia buang rekod tu nnt kalau negatif..rasanyalah ehehe..

aku tak tahu awat, cuma aku xberasa seperti aku ni PLHIV time raya ni..rasa macam org biasa ja...walaupun kena makan ubat itu ini..bla bla bla...byk sgt ubat hoii... hahaha..mak paksa bagai nak rak...siap ugut bagai...

 kali ni beraya macam stail habis aku hahaha..siap beli beg, dompet baru...tu pun sebab kena curik dulu haaha...tidak jgn hrp r..haha..dgn tali pinggang baru, spek hitam, baju nk macho habis ja hahahahah...

yang rakan2 yg PLHIV, jgn x nikmati raya korang pulak..setahun sekali ja cek oi raya ni...raya puasa la..raya haji len pulak ahaha....nikmatilah sementara boleh nikmati ni.....hehehe..

bukan apa, kita hidup kena pandai la bahagikan dengan yang dunia dan akhirat...bukan saja dunia saja..seimbangkan dengan 2 2 tu..baru hidup bahagia..hehe..

ok...nak kongsikan satu benda dengan korg, ni, amalkan doa ni...mudahan2 dpt keberkatan dan dimakbulkan Allah....mana nk tau kan....

kita ni hanya insan biasa yg meminta pertolongan dariNya....jgn lupa..Dia yg mencipta kita...so jgn sesekali lupa kan dia..hehe..

nah doa ni..

 "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkau sahajalah yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani."

jgn lupa, ni doa Nabi Ayub ketika dia ditimpa sakit tau...InshaAllah...amalkan 2 kali pagi dan petg....byk benda nk share ni ahaha.tpi kita perlahan2 dulu ya..jgn terlalu gopoh nak semua..takut yg dikendong berciciran yg dikejar xdpt...hehe...

oklah..rasanya nk close entry ni ahaha..ecewahhh kemain..ingt ni bersidang ke apa..haha...

Baiklah, akhir kata selamat hari raya maaf zahir dan batin hehe..jaga diri korg..hehe..

p/s: next entry maybe bosan sikit sebab nak cerita pasal perubatan homeopathy hehehe... but i'll try to make it fun hehee...

Memikirkan ubat... rasa nk telan panadol 4lori....

Assalamualaikum semua...

Ok, sekarang bukan masa untuk bersedih-sedih bagai sebab sakit ni, tapi masa untuk meneruskan kehidupan yang berbaki ni dan berubah ke arah yang lebih baik. Bukan lagi nak meratap bagai nak rak sampai nak tercabut bulu mata kes lebat sangat ayaq mata tu.

Stop that and begin new life.

Anggap semua tu sebagai permulaan yang baru. Hehe...

Ok nk bercerita sikit bab ubat. Nak cerita apa yang aku tahu jelah. Nak cerita lebih lebih pun takut ada yang tak kena pulak. Hehe..

Aku kalau boleh nak elakkan yang aloepathy, (aloepathy tu ubat2 yg hospital yang bercampur dadah bagai tu).. So sebbkan itu, aku amik homoepathy, (homoepathy tu ubat yg tidak berasaskan dadah and xdak dadah dalam tu). And cuba perubatan Islam.

Homeopathy, ni more to ubat yang berasaskan herba, yang diimport dari Jerman. Salah satu pengeluar la. Ada juga yg diimport dari tempat lain. Dan yang penting sekali, ubat dia hampa boleh gigit macam tu ja..nak hisap pun boleh. Manis gituuu... Selalunya ubat dia aku gigit ja.. hahaa..sedap..manis..

Yang secara perubatan Islam pula, mak aku suruh and paksa aku makan makanan Sunnah. Contoh Habbatus Saudah, buah delima, madu, dan macam2 lagi sampai naik tepu perut aku makan semua tu. Sampai satu tahap, aku rasa macam nak blend semua and telan sekali gus hehe...


Lepas tu perut buat lagu dondang sayang...haha

Semua makanan tersebut meningkatkan daya pertahanan badan. So, dengan izin Tuhan, dpt la melawan HIV tu...

Madu best lar...Aku hat tu mak tak suruh, aku telan. Sedap. Lepas ni kalau suara aku macam Anuar Zain la. Menangis dia nanti dengaq suara aku. Macam buluh perindu kena rebus bagi aq makan....lalaaaaa~~~~

Lepas tu, ada jugak, mak ambilkan ayaq jampi khas untuk aku kat Ustaz2 tahfiz. hehe... yg tu xpa la telan. tak rasa apa...hehe

So try la jugk makanan Sunnah ni...

Semua penyakit ada ubat melainkan mati. Yang tu kalau mati, tanam ja la. Nak tunggu apa lagi hehe #kidding..

p/s: Bukan nak promote lebih2 tapi kenyataan yang aku lepas makan ubat homoepathy ni, makan nak over saja. Kuat makan sungguh..dok sat2 mintak makan...jenuh bela mak aku kata hahaha....and berat badan aku naik kah3...

Kata Mereka..

Assalamualaikum...

Okey, hari ni nak cerita sedikit pasal kata mereka yang disekeliling aku yang tau la pasal aku positif ni. Hehe...

Mak dengan bapak aku cakap, ni ujian untuk buat aku dan family aku supaya lebih ingat akan Dia. Yalah, bayak sangat khilafnya...

Salah dan dosa masa silam lagi. Dia nk kita ingat Dia dan muhasabah balik diri. Dia tegur kita dengan cara ni. Dulu dia bagi aku sakit kulit yang kronik, aku masih lagi x sedar. So sekarang dia bagi yang hebat punya. Penyakit orang istimewa ja dapat benda ni hehe...

Abah pulak tak kata apa, tapi aku dapat lihat dia semakin terima keadaan aku ni. Sampai kan kita org skrg ni rapat dari sebelum ni. Sebelum ni asyik nak bertekak ja hahaa...
Sekarang ni p mana pun rapat haha... Asyik2 dok memanggil nama aku.
Sekarang pun dia dah boleh gelak. Dulu masa mula2 tau, dia menggigil kata mak. Menangis semahu-mahunya. Aku rasa sebak kot masa tau tu...

Lepas tu, org yang pertama tau pasal penyakit ni adalah member aku. Sebab dia yang dekat dengan aku masa tu.

Ce tekak dia habaq apa bila aku tny, apa perasaan hg bila dapat kawan yang ada penyakit hiv ni?

TERUJA! Dia habaq dia teruja. Time tu aku rasa nak sekeh kepala dia dengan senduk. Orang lain kalau secara tipikalnya, akan macam terkejut dan macam xleh terima pun ada, tapi dia relax ja boleh dok kata TERUJA. Haru sungguh mamat ni haha.. but aku appreciate sgt dia still terima aku macam ni..

Dia cakap, benda ni bukan penyakit tapi pembukaan kepada penyakit. Dia virus. Bukan penyakit. Then dia cakap lagi, buat apa nk takut kalau benda ni bukan berjangkit melalui udara, melalui sentuhan ka apa...

Aku rasa sebak sangat bila dia cakap macam tu... Jangan tny pasai pa.. Time tu aku sendiri pun buntu...

Kemudian yang tahu makcik aku. Dia antara makcik yg aku rapat dan sayang. Dan Alhamdulillah, dia still terima aku walaupun begini. Dia ckp, 'makcik xkan buang anak saudara sendiri, tambahan pulak hg perlukan sokongan masa2 mcm ni'...

Ya Allah, aku dikurniakan org2 yg hebat disekeliling.

Haaaaa itulah story mory, gua nk cakap sama lu ehehhe...

Tengok! Kita perlukan supporter....From our both parent and friend....and other family...

Jangan lah kita sisihkan mereka yang berpenyakit macam ni sebab depa pun ada perasaan. Cuba bygkan hampa yg dok sisih2 org lain ni, kena sekali penyakit macam ni. Baru hampa tau langit tu tinggi ka sederhana..

Apa yang kita cakap, itulah yang akan kita diuji....


Penerimaanku..

Assalam, semua. Hehe.. Selamat berbuka dan bersahur.

Ok, entry ni nak cerita pasai penerimaan aku pasai HIV ni. Selalu dok dengaq ja dalam tv, sekali nahai, mai terus kat diri aku. Tapi au redha, aku terima semua ni. Yalah, benda bukannya boleh putaq kot belakang balik.

Dah beranak pinak dah pun benda alah ni. So, sekarang bersama2lah berdoa supaya sihat sentiasa.

Ok, pada mula aku dapat tahu, rasa nak gegar badan aku. Aku longlai sangat hari tu. Nak menangis tapi tak pulak keluaq ayaq mata. Acano tu? Hehe...

Yelah, satg kot teran air mata, keluaq hal pelik2 haru pulak hehe...

Masa tu aku just fikirkan mak bapak aku saja. Paling utama, bapak aku. And aku tak tahu kenapa, aku lebih memikirkan abah lebih. Risau dengan penerimaan dia. Bukanlah bermaksud aku tak kisah dengan penerimaan mak aku pulak tapi mak lebih bersifat terbuka, dan aku pasti mak akan tolong anak dia walaubagaimanpun.

"His my son..." itu ayat yang mak selalu ucap kalau apa2 yang berlaku kat aku. Tambahan pulak mak lebih bersifat terbuka dan mempunyai pengetahuan pasal ni.

Sambung pasal penerimaan aku, aku masa tu tak tahu nak fikir apa. Semuanya serba tak kena. Mereng jgk lah sat. Rasa macam gelap masa depan. Tapi Tuhan Maha Berkuasa. Dia yang memberi dan membuang penyakit pada diri kita. Andai itu takdir aku, aku terima dengan terbuka. Ini merupakan ujian, dan Allah tahu aku mampu nak menanggung semua ni. Termasuk jgk ujian untuk mak dan bapak aku.

Dok esok tu, aku dah ok sikit. Bantai gelak dengan member bila bab melawak. Tapi dalam hati, setiap masa, 'Hampa tau dak kawan hampa ni ada HIV? Aku ni ada HIV, tau dak?'

Tapi mana la nak mampu nak luah. Bukan semua orang yang mampu menerima diri kita seadanya. Bukan kerana tidak sayang atau buang kita, tapi lebih kepada berhati-hati. Kita juga kena faham dengan org yg tahu pasal diri kita sebab, mereka jgk khuatir benda ni akan berjangkit dengan mereka walaupun susah untuk berjangkit melalu sentuhan, atau apa saja melainkan perpindahan cecair.

So, aku diamkan saja benda ni. Tak mahu benda ni orang ramai yang tahu. Sebab kalau ramai yang tahu, agak susah sebenarnya. Susah macam mana? Nanti hampa pikiaq la sendiri noh. hehehe..

Hari-hari berikutnya, aku semakin ok walaupun resah dihati sebab belum bagitau kat parent lagi. 3 malam berturut-turut aku buat solat istikharah minta Allah bagi jalan yang terbaik untuk bagi tau kat parent aku. Akhirnya, terluah jgk setelah hampir 4 hari aku merahsiakan benda ni.

Dan reaksi parent aku dah tentulah hancur berkecai hati mereka. Takkan nak bersorak suka pulak. Bapak aku sampai menangis semalaman.

Tapi aku sebenarnya tak sangka mampu bertahan sampai macam ni sekali. Dan tak sangka sekuat ni. Mau tak kuat, hari ni dapat tau HIV, esok siap bantai redah gelak dengan member.

Well, aku ni kepala gila2 sikit. hehehe..

Sat...nnt sambung len..terawih dulu..