Powered by Blogger.
Showing posts with label redha. Show all posts
Showing posts with label redha. Show all posts

Putih-putih melati....

Assalamualaikum semua...hari ni kita berbicara tentang putih-putih melati...
Apa itu putih? Apa itu melati?

Jawapannya ada di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustama Edisi terkini...bwahahaha...

Ok sebenarnya bila dah pukul 1.27 pagi ni, high dia lain macam sikit.. Ala-ala men pondok pondok time kecik. Haha..gila tak tentu pasal. Lepas tu meroyan bila sedaq diri dok main sorg2 ahaha

Ok..tadi ada terbaca kisah Firdaus di blog abang najmi..  http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com/2013/08/firdaus-suka-duka-kehidupan-remaja.html Dan memang di akui, memang berat untuk beritahu pada parents...faham sgt benda tu. Tapi sebolehnya bagitahu la. Kalau ibu tu yg senang untuk dibawak berbicng dan jenis bertenang dan cool a.k.a jenis cekodok basi buat dek je, baik cerita.

Sebab seorang ibu itu xkan buang anaknya selama-lamanya...memang dia akan marah, kecewa, sedih tapi sekejap saja. Hati seorang ibu xkan marah lama. sebab dia sygkan anak dia...tpi terpulang pada andalah..sebab yg nk buat keputusan adalah anda..bukan org lain...

Next!!!

Dari cerita tu jgk, yg dia seorg yang tak straight dan agak aktif dalm seks...itu perkara biasa..sebab mempunyai nafsu yg tggi..biasalah..manusia..tpi cuma kita saja yg bijak mengawalnya. sama ada dengan hati atau otak dan juga iman...

Nak komen lelebih bukannya baik sgt tapi kita sebagai manusia pun kena tegur walaupun kita juga melakukan kesalahan yg sama supaya kita juga sedar akan tindakan kita. kalau nk tunggu org perfect yg tegur memang tak ditegur sampai bila  bila la...sapa ja yg perfect dalam dunia ni melainkan Rasul kita semua sahaja...

Tapi saya sponsorkan, kalau ada rasa2 nak main or buat seks tu, sibukkan diri anda sekalian alam dengan benda2 yang boleh buat anda leka dengan benda tu. contohnya, masak ka, kemas rumah ka walaupun 5minit yg lalu anda kemas rumah, tak pun start moto pergi jejalan makan minum angin...hehe

Jangan dok fikir nak buat seks, bila kita fikir tu la yang nafsu tu membuak bagai gunung berapi mintak kena panampaq tu...Nafsu ni bukan boleh layan sangat. Kalau layan kita sama naik gila macam dia hehe...
Nafsu makan lain cerita. Itu melayan pun xpa..layan yg tu perut buat parti ehehe

NEXT!

Ok..saya admire sgt dengan firdaus bila dia menjaga tingkah laku apa bila berhadapan dengan pisau yang tajam paruh burung belatuk itu... #eh ... Bagus kerana menjaga org lain agar tidak berjangkit..tapi diingatkan, HIV tidak berjangkit melalui makanan sebab virus ni tidak hidup diluar badan.

oh jap..lagu putih-putih melati dah 15kali ulang..next song please...oh ok.. exist, mengitai tirai kamar..cewahhh..jiwang kau mak jemah ahaha mampu? hihi

ok...this show will continue...hamboi.. -.-'

Kalau kita nak berubah, kita la kena kuatkan azam kita! Dan tanamkan azam kita dengan sepenuh hati dan biaq kukuh sikit azam tu! jgn dok azam, azam tapi dok p mencari jgk...haish..hat ni yg jenih xreti ni...

Kita kena kuat semangat untuk berubah diri kita. Memang kita akan diuji dgn pelbagai perkara. Tapi diri kitalah yg kena kuat untuk hadapi benda ni. Kalau nak berubah kuatkan semangat.

Niat itu bagus, tapi lagi bagus andai kita lakukan niat kita itu...

dan setuju dgn nasihat abg najmi tentang kena ceria dan hepi selalu....jangan tensyen, bila tensyen tu yg penyakit mudah datang..ni ada kaitan sikit dengan perubatan. nak explain pun xreti..nnt saya jumpa doktor homeopathy saya, then saya tlg tnykan balik..hari tu dia dah terang...

dok ternganga mulut dengaq tapi sekerat ja masuk ahaha..sebab kusyuk sgt...tenung muka doktor tu macam nak telan...haha..kidding..

p/s: ha lupa..entry pasal perubatan homeopathy tu terpaksa postpon kejap...sebab nk kena survey jgk apa yg korg nak tahu pasal perubatan tu... kalau boleh email saya soklan apa yg korg nk tny...sgt2 perlukan bantuan anda..terima kasih... :) dan berjumpa lagi di next entry ehhe..

sekian wassalam.. :)  Nibuuu.....

Penerimaanku..

Assalam, semua. Hehe.. Selamat berbuka dan bersahur.

Ok, entry ni nak cerita pasai penerimaan aku pasai HIV ni. Selalu dok dengaq ja dalam tv, sekali nahai, mai terus kat diri aku. Tapi au redha, aku terima semua ni. Yalah, benda bukannya boleh putaq kot belakang balik.

Dah beranak pinak dah pun benda alah ni. So, sekarang bersama2lah berdoa supaya sihat sentiasa.

Ok, pada mula aku dapat tahu, rasa nak gegar badan aku. Aku longlai sangat hari tu. Nak menangis tapi tak pulak keluaq ayaq mata. Acano tu? Hehe...

Yelah, satg kot teran air mata, keluaq hal pelik2 haru pulak hehe...

Masa tu aku just fikirkan mak bapak aku saja. Paling utama, bapak aku. And aku tak tahu kenapa, aku lebih memikirkan abah lebih. Risau dengan penerimaan dia. Bukanlah bermaksud aku tak kisah dengan penerimaan mak aku pulak tapi mak lebih bersifat terbuka, dan aku pasti mak akan tolong anak dia walaubagaimanpun.

"His my son..." itu ayat yang mak selalu ucap kalau apa2 yang berlaku kat aku. Tambahan pulak mak lebih bersifat terbuka dan mempunyai pengetahuan pasal ni.

Sambung pasal penerimaan aku, aku masa tu tak tahu nak fikir apa. Semuanya serba tak kena. Mereng jgk lah sat. Rasa macam gelap masa depan. Tapi Tuhan Maha Berkuasa. Dia yang memberi dan membuang penyakit pada diri kita. Andai itu takdir aku, aku terima dengan terbuka. Ini merupakan ujian, dan Allah tahu aku mampu nak menanggung semua ni. Termasuk jgk ujian untuk mak dan bapak aku.

Dok esok tu, aku dah ok sikit. Bantai gelak dengan member bila bab melawak. Tapi dalam hati, setiap masa, 'Hampa tau dak kawan hampa ni ada HIV? Aku ni ada HIV, tau dak?'

Tapi mana la nak mampu nak luah. Bukan semua orang yang mampu menerima diri kita seadanya. Bukan kerana tidak sayang atau buang kita, tapi lebih kepada berhati-hati. Kita juga kena faham dengan org yg tahu pasal diri kita sebab, mereka jgk khuatir benda ni akan berjangkit dengan mereka walaupun susah untuk berjangkit melalu sentuhan, atau apa saja melainkan perpindahan cecair.

So, aku diamkan saja benda ni. Tak mahu benda ni orang ramai yang tahu. Sebab kalau ramai yang tahu, agak susah sebenarnya. Susah macam mana? Nanti hampa pikiaq la sendiri noh. hehehe..

Hari-hari berikutnya, aku semakin ok walaupun resah dihati sebab belum bagitau kat parent lagi. 3 malam berturut-turut aku buat solat istikharah minta Allah bagi jalan yang terbaik untuk bagi tau kat parent aku. Akhirnya, terluah jgk setelah hampir 4 hari aku merahsiakan benda ni.

Dan reaksi parent aku dah tentulah hancur berkecai hati mereka. Takkan nak bersorak suka pulak. Bapak aku sampai menangis semalaman.

Tapi aku sebenarnya tak sangka mampu bertahan sampai macam ni sekali. Dan tak sangka sekuat ni. Mau tak kuat, hari ni dapat tau HIV, esok siap bantai redah gelak dengan member.

Well, aku ni kepala gila2 sikit. hehehe..

Sat...nnt sambung len..terawih dulu..